Terma & Syarat Perkhidmatan

1.0 Penerimaan Terma

 

Penggunaan anda terhadap Prenetics Limited (“Prenetics”) – Perkhidmatan myDNA (“Perkhidmatan”) adalah tertakluk kepada syarat-syarat perjanjian yang sah antara anda dan Prenetics yang dinyatakan dalam Terma & Syarat Perkhidmatan (“TOS”) ini. Kecuali sebagaimana yang dinyatakan di dalam pernyataan ini, TOS ini diaplikasikan ke atas mana-mana penggunaan Perkhidmatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada a) penyerahan sampel DNA bagi pengekstrakan dan pemprosesan, b) memuat naik versi digital Maklumat Genetik anda dan berinteraksi dengan maklumat ini di laman web dan atau aplikasi mudah alih Prenetics. Dalam usaha untuk menggunakan Perkhidmatan, anda mesti terlebih dahulu bersetuju dengan TOS. Anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan ini sekiranya anda tidak menerima TOS. Anda boleh menerima TOS dengan (1) klik untuk terima atau bersetuju dengan TOS, di mana pilihan ini telah disediakan untuk anda oleh Prenetics bagi mana-mana Perkhidmatan; atau dengan (2) anda menggunakan Perkhidmatan. Dalam kes ini, anda mengakui dan bersetuju bahawa Prenetics akan menganggap penggunaan Perkhidmatan oleh anda sebagai penerimaan TOS dari masa tersebut dan seterusnya.

 

Prenetics berlokasi di 7/F, Prosperity Millennia Plaza, 663 King’s Road, Quarry Bay, Hong Kong dan disebut di sini sebagai Prenetics (atau “kita”, “kami”).

 

2.0 Prasyarat

 

a. Sama ada anda menyerahkan sampel DNA anda sendiri, sampel DNA bagi sesiapa sahaja yang anda mempunyai kuasa undang-undang untuk bersetuju, atau memberikan Maklumat Genetik anda sendiri, anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan dan tidak boleh menerima TOS jika anda tidak cukup umur untuk mengikat kontrak dengan Prenetics.

 

b. Sebagai tambahan kepada syarat-syarat di atas, jika anda berkongsi atau memberikan Maklumat Genetik anda sendiri, anda mestilah berumur lapan belas (18) tahun atau lebih untuk bersetuju dengan TOS ini bagi pihak diri sendiri atau mereka yang anda mempunyai kuasa undang-undang untuk bersetuju.

 

3.0 Keterangan Perkhidmatan

 

Perkhidmatan termasuk akses ke laman web myDNA Prenetics, aplikasi mobil dengan akses kepada aplikasi pakar pemakanan, laporan perundingan telefon dan perkhidmatan penjenisan gen peribadi, termasuk pengumpulan, pemprosesan, dan analisis sampel DNA anda. Setiap ciri-ciri baru, melainkan jika dinyatakan sebaliknya dengan jelas, yang menambahkan atau meningkatkan Perkhidmatan semasa hendaklah tertakluk kepada Terma & Syarat Perkhidmatan. Anda mengakui dan bersetuju bahawa Perkhidmatan yang disediakan adalah berdasarkan kepada keadaan semasa penyelidikan seni genetik dan teknologi digunakan oleh Prenetics pada masa pembelian atau tontonan dan disediakan “SEBAGAIMANA ADANYA”. Anda mengakui dan bersetuju bahawa Perkhidmatan yang Prenetics sediakan mungkin berubah dari semasa ke semasa dan Prenetics boleh berhenti (secara kekal atau sementara) menyediakan beberapa Perkhidmatan (atau mana-mana ciri di dalam Perkhidmatan) kepada anda atau kepada pengguna secara amnya mengikut budi bicara Prenetics, tanpa memberi notis awal kepada anda.

 

Sebagai sebahagian daripada perkhidmatan kami, kami akan mengumpul sampel DNA anda menggunakan kit pengumpulan DNA yang akan dihantar kepada anda melalui kurier atau diberikan kepada anda secara peribadi. Arahan terperinci mengenai langkah-langkah mengumpul sampel DNA anda disertakan dalam kit pengumpulan.

 

4.0 Pertimbangan Terhadap Perkhidmatan Prenetics

 

Maklumat Genetik menyediakan perspektif yang terhad terhadap kesihatan dan kecergasan anda. Ia hanyalah satu aspek daripada keseluruhan prospek kesihatan dan kecergasan anda dan tidak boleh dianggap sebagai muktamad. Dalam kebanyakan kes, analisis maklumat genetik anda adalah berdasarkan hubungan antara penanda genetik tertentu dan ciri-ciri yang berbeza. Maklumat genetik tidak dapat memberikan maklumat yang muktamad tentang interaksi antara gen tertentu dan faktor persekitaran, yang boleh mengubah prestasi kesihatan tertentu dengan ketara.

 

Anda tidak sepatutnya menukar tingkah laku kesihatan anda hanya berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Prenetics. Anda harus sentiasa berunding dengan doktor atau pengendali penjagaan kesihatan yang lain sebelum anda membuat apa-apa perubahan pada diet dan gaya hidup anda. Gen adalah hanya sebahagian kecil daripada kesihatan seseorang individu. Mungkin ada gen yang tidak diketahui, faktor persekitaran, atau pilihan gaya hidup yang mempunyai faktor yang jauh lebih penting.

 

Perkhidmatan Prenetics adalah bagi tujuan maklumat dan kegunaan pendidikan sahaja. Kami tidak memberikan nasihat perubatan. Masih terdapat penemuan genetik yang dilaporkan yang masih belum disahkan secara klinikal dan teknologi yang kami gunakan, yang merupakan teknologi yang sama yang digunakan oleh komuniti penyelidikan, setakat ini tidak digunakan secara meluas untuk ujian klinikal. Akibat daripada keadaan semasa terhadap pengetahuan dan pemahaman genetik, Perkhidmatan kami adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Perkhidmatan ini bukan bertujuan untuk digunakan oleh para pelanggan bagi sebarang tujuan diagnostik atau untuk meramalkan apa-apa penyakit dan bukan sebagai pengganti kepada nasihat perubatan profesional. Anda perlu sentiasa mendapatkan nasihat daripada doktor anda atau penyedia penjagaan kesihatan yang lain bagi sebarang keraguan mengenai sebarang keadaan perubatan.

 

Apa-apa kenyataan atau cadangan dalam laporan ini tentang pemakanan, diet atau rejimen senaman, sama ada khusus atau umum, adalah berdasarkan kepada andaian yang berikut:

 

1. anda berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan tidak mempunyai sebarang masalah perubatan setakat yang anda maklum

2. anda tidak mempunyai apa-apa penyakit yang berulang

3. tiada ahli profesional penjagaan kesihatan yang pernah menasihatkan anda untuk tidak bersenam

4. anda tidak terikat dengan mana-mana ubat-ubatan yang ditetapkan yang mungkin menjejaskan keupayaan anda untuk bersenam dengan selamat atau diet pemakanan anda

5. anda tidak mempunyai alahan kepada sebarang makanan

6. jika anda adalah wanita, anda tidak hamil dan tidak menyusu badan.

 

Jika anda mempunyai sebarang keraguan tentang sama ada anggapan ini benar dalam situasi anda, sila rujuk perunding kesihatan atau doktor perubatan sebelum bertindak atau tidak bertindak, bagi mana-mana penegasan atau cadangan.

 

Prenetics tidak menyokong, memberi jaminan atau menjamin keberkesanan mana-mana tindakan yang khusus, sumber, ujian, pakar perubatan atau penyedia penjagaan kesihatan yang lain, atau produk lain, prosedur, pendapat, atau maklumat lain yang mungkin disebut dalam laman web atau aplikasi mudah alih kami. Jika kami memberikan anda apa-apa pengesyoran yang mengenal pasti anda, berdasarkan kepada maklumat genetik dan laporan peribadi dan risalah saintifik atau penyelidikan, maklumat yang berpotensi untuk membuat tindakan di laman web kami, maklumat ini hanya bertujuan sebagai maklumat sahaja dan untuk perbincangan dengan doktor atau lain-lain penyedia penjagaan kesihatan anda. Prenetics percaya bahawa (a) genetik hanya sebahagian daripada gambaran yang menyatakan apa-apa keadaan kesihatan individu, (b) tahap pemahaman maklumat genetik kini berkembang pesat dan pada kami hanya memahami sebahagian daripada gambaran peranan genetik, dan (c) hanya pakar perubatan yang terlatih atau pembekal penjagaan kesihatan lain yang boleh menilai keadaan semasa kesihatan anda, dengan mengambil kira banyak faktor, termasuk dalam beberapa kes, genetik anda dan juga simptom semasa anda, jika ada. Pergantungan kepada maklumat yang diberikan oleh Prenetics adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

 

5.0 Perwakilan Pengguna

 

Dengan mengakses Perkhidmatan Prenetics, anda bersetuju untuk mengakui dan mewakili seperti yang berikut:

 

a.  Anda memahami bahawa perkhidmatan Prenetics adalah bertujuan sebagai maklumat dan pendidikan sahaja. Anda mengakui bahawa Prenetics menggesa anda untuk mendapatkan nasihat daripada doktor anda atau penyedia penjagaan kesihatan yang lain jika anda mempunyai soalan mengenai kesihatan anda secara keseluruhan.

b.  Anda memberi kebenaran kepada Prenetics, kontraktor, pengganti dan pemegang serah hak untuk menjalankan perkhidmatan penjenisan gen pada DNA yang diekstrak daripada sampel DNA anda dan anda secara khusus meminta Prenetics mendedahkan keputusan analisis dilakukan ke atas DNA anda kepada anda dan kepada orang lain yang diberi kuasa secara khusus oleh anda.

c.  Anda menyatakan bahawa anda berumur lapan belas (18) tahun atau lebih jika anda memberikan sampel DNA atau mengakses maklumat genetik anda.

d.  Anda menjamin bahawa sebarang sampel yang anda berikan adalah DNA anda; jika anda bersetuju dengan TOS ini bagi pihak lain iaitu orang yang diberi keizinan secara undang-undang oleh anda, anda mengesahkan bahawa sampel yang diberikan adalah sampel individu tersebut.

e.  Anda bersetuju bahawa sebarang sampel DNA yang anda berikan dan kesemua data yang terhasil boleh dipindahkan dan/atau diproses di luar negara tempat anda menetap.

f.  Anda bertanggungjawab terhadap semua akibat yang mungkin berlaku daripada perkongsian anda dengan orang lain untuk mengakses kepada maklumat genetik dan maklumat laporan peribadi anda.

g.  Anda memahami bahawa kesemua maklumat peribadi anda akan disimpan dalam pangkalan data Prenetics dan akan diproses mengikut Kenyataan Privasi Prenetics.

 

Anda bersetuju bahawa anda mempunyai kuasa, di bawah bidang kuasa tempat anda menetap, untuk memberikan perwakilan ini. Dalam kes kemungkiran mana-mana satu daripada perwakilan ini, Prenetics berhak untuk menggantung atau menamatkan akaun anda dan menolak sebarang dan kesemua penggunaan semasa atau masa depan kepada Perkhidmatan (atau mana-mana bahagiannya) dan anda akan mempertahankan dan melindungi Prenetics dan sekutunya daripada mana-mana liabiliti, kos, atau ganti rugi yang berbangkit daripada pelanggaran perwakilan.

 

6.0 Kenyataan Privasi Prenetics

 

Untuk menggunakan Perkhidmatan, anda mesti mengakui dan bersetuju dengan Kenyataan Privasi. Prenetics mengambil serius kepercayaan anda terhadap kami. Prenetics tidak akan berkongsi sebarang data genetik individu dengan pengendali insurans/takaful anda. Sila maklum bahawa Prenetics akan berkongsi status penghantaran laporan DNA (cuma untuk tujuan sama ada anda menerima laporan DNA anda atau tidak) dengan pengendali insurans/takaful anda untuk kegunaan mereka. Anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan ini sekiranya anda tidak menerima Kenyataan Privasi. Anda boleh mengakui dan bersetuju dengan Kenyataan Privasi dengan (1) klik untuk terima atau bersetuju kepada Kenyataan Privasi, di mana pilihan ini telah disediakan untuk anda oleh Prenetics untuk sebarang Perkhidmatan; atau dengan (2) menggunakan Perkhidmatan.

 

Sila rujuk kepada Kenyataan Privasi di sini.

Jika anda mempunyai soalan, sila hubungi kami di [email protected]

Risiko & Pembatasan

 

Risiko Ralat Makmal atau Masalah Teknikal

 

Prenetics menjalankan operasi makmalnya sendiri dan menerapkan piawaian kualiti antarabangsa dalam pengendalian sampel dan proses pengujian DNA. Kami mempunyai pengesahan pihak luar iaitu Makmal Penjujukan Genom Kemudahan Teras (CFGSL) di Universiti Cina Hong Kong (CUHK). Berdasarkan pengesahan pihak luar CFGSL, ketepatan penjenisan gen kami adalah 99.9%.

 

Walaupun Prenetics mengambil langkah-langkah industri yang sangat ketat dan langkah-langkah pencegahan bagi pengendalian dan pemprosesan sampel, namun, kesilapan makmal boleh berlaku, yang boleh menjejaskan keputusan ujian.

 

Masalah teknikal mungkin berlaku walaupun mengikut amalan terbaik. Contoh ralat yang mungkin timbul adalah kegagalan untuk mendapatkan keputusan yang ditafsirkan untuk SNP tertentu. Kadang-kala, sukar untuk mendapatkan hasil ujian bagi mutasi tertentu kerana keadaan di luar kawalan Prenetics, di mana Prenetics mungkin tidak dapat memberikan laporan yang tepat ke atas perubahan genetik yang mungkin bergantung pada ramalan keadaan. Seperti semua ujian makmal perubatan, terdapat kemungkinan kecil untuk kebolehan makmal melaporkan keputusan positif palsu atau negatif palsu. Keputusan positif palsu bermaksud penjenisan gen dilaporkan wujud sedangkan ia sebenarnya tidak wujud. Keputusan negatif palsu bermaksud penjenisan gen tidak dilaporkan wujud sedangkan ia sebenarnya wujud.

 

Hasil daripada beberapa kesilapan sebegini, Prenetics mungkin memerlukan sampel kedua untuk melengkapkan ujian.

 

 

Pembatasan

 

Ujian ini memberikan maklumat tentang cara gen individu mempengaruhi metabolisme, tabiat makan, diet dan pilihan pemakanan. Individu yang telah diuji tidak boleh menukar diet, aktiviti fizikal, atau apa-apa rawatan perubatan yang mereka sedang digunakan tanpa berunding dengan doktor atau penyedia penjagaan kesihatan mereka. Kaitan di antara mutasi genetik serta maklumat dalam laporan ini adalah sesuatu yang masih berkembang aktif dalam bidan kajian saintifik dan penemuan saintifik di masa hadapan yang boleh merubah pemahaman kita.

 

Individu perlu mengikuti diet dan gaya hidup yang sihat seperti yang disyorkan oleh agensi kesihatan awam dan/atau pembekal penjagaan kesihatan mereka tanpa mengira sama ada mereka mempunyai penjenisan gen yang baik atau buruk.

 

Sesetengah individu mungkin mendapati keputusan mereka tidak konsisten dengan penyelidikan saintifik yang disemak semula oleh rakan seperjuangan yang dipilih oleh Prenetics. Kaitan antara mutasi genetik dan maklumat di dalam laporan ini adalah bahagian aktif bagi penyelidikan saintifik dan penemuan saintifik pada masa hadapan mungkin mengubah pemahaman kita.