SOALAN LAZIM

Apa itu nutrigenomik?

Nutrigenomik adalah kajian tentang bagaimana makanan mempengaruhi gen kita dan bagaimana perbezaan genetik setiap individu mempengaruhi cara kita bertindak balas terhadap nutrien (dan lain-lain sebatian yang berlaku secara semula jadi) di dalam setiap makanan yang kita nikmati. myDNA menyediakan maklumat berkaitan dengan bagaimana gen anda mempengaruhi tindak balas terhadap diet anda.

Apakah bukti saintifik yang menyokong nutrigenomik?

Projek Genom Manusia yang disiapkan pada tahun 2003 telah membawa kepada pembangunan Nutrigenomik. Projek Genom Manusia merupakan satu program penyelidikan bersepadu antarabangsa selama 13 tahun dengan penyertaan lebih 200 saintis dan mencecah kos sebanyak AS $2.7 bilion. Matlamatnya adalah untuk mengetahui kesemua 20,000-25,000 gen manusia.

 

Dengan maklumat ini, saintis kini boleh mengakses secara terperinci tentang bagaimana DNA bertindak di dalam badan. Sejak itu, kajian Nutrigenomik telah menerima sokongan penuh daripada pelbagai penyelidikan genetik lain, dengan beribu-ribu kajian penyelidikan berkualiti tinggi diketuai oleh para saintis dan profesor terkemuka.

 

Keputusan dan cadangan myDNA anda adalah berdasarkan kajian berkaliber tinggi yang disahkan dan memiliki kesan statistik yang terbukti. Paling penting adalah di sebalik setiap tafsiran dan saranan adalah sekumpulan saintis dan pakar pemakanan yang berdaftar.

Semua yang BUKAN Nutrigenomik

Nutrigenomik bukan satu diagnosis keadaan kesihatan atau risiko penyakit. Ia tidak digunakan untuk mengukur risiko seseorang mendapat penyakit seperti kencing manis, penyakit kardiovaskular dan kanser.

 

Sebaliknya, Nutrigenomik memberi tumpuan kepada penyediaan maklumat yang boleh diambil tindakan berkaitan dengan gen dan diet anda. Contohnya, berdasarkan gen FTO, juga dikenali sebagai gen obesiti, kami boleh memberitahu anda jika anda mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi daripada biasa untuk menjadi obes. Pengetahuan ini kemudiannya akan membolehkan anda untuk membuat perubahan pada selera makan dan pemakanan anda.

Apakah hubungan antara kesihatan dan genetik?

Sama seperti gen mempengaruhi cara anda bertindak balas terhadap diet, gen anda juga memainkan peranan dalam menentukan potensi tahap kecergasan anda dan prestasi anda terhadap pelbagai jenis senaman. Dengan cara yang sama nutrigenomik boleh membantu kami memberikan cadangan kepada anda untuk mencapai kesihatan yang lebih baik, genetik juga boleh membantu kami memperibadikan cadangan kesihatan berdasarkan jenis senaman dan sukan yang bersesuaian dengan anda.

Adakah terdapat faktor lain yang boleh mempengaruhi kesihatan saya selain genetik?

Ya, terdapat pelbagai faktor yang terlibat. Kesihatan anda adalah kombinasi faktor genetik dan bukan genetik seperti gaya hidup dan persekitaran. Ini adalah berita baik kerana anda boleh mengubah faktor bukan genetik untuk menguruskan kesihatan anda dengan lebih berkesan. Itulah sebabnya myDNA begitu penting dalam membantu anda mencapai kesihatan yang optimum kerana ia melihat bagaimana faktor genetik mempengaruhi diet dan tahap kecergasan anda. Bersama dengan gaya hidup dan faktor-faktor persekitaran anda, maklumat ini memberikan anda kawalan terhadap kesihatan anda.

Di mana saya boleh menghantar sampel DNA saya?

Kit Pengumpulan myDNA dilengkapi dengan borang prabayar SF Express prabayar dan sampul pengembalian.  Anda cuma perlu masukkan tiub pemulangan ke dalam sampul pengembalian, lengkapkan butiran anda pada borang prabayar SF Express dan hubungi SF Express di 1-800-18-3331. Tekan [1] untuk Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia, [2] untuk Bahasa Cina.

Berapa lama masa yang diambil untuk mendapatkan keputusan myDNA?

Keputusan ujian myDNA anda akan dihantar ke emel anda dalam tempoh 3 minggu.

Bagaimana saya boleh menerima keputusan myDNA saya?

Apabila laporan anda sudah tersedia, satu e-mel akan dihantar ke alamat e-mel berdaftar anda, untuk memaklumkan anda supaya  mengakses laporan anda melalui laman web selamat myDNA atau aplikasi mudah alih myDNA.

Di manakah sampel DNA saya akan dianalisa?

Sampel DNA anda akan dianalisa di makmal kami yang bertempat di Hong Kong.

 

Prenetics memiliki dan mengendali makmal kami sendiri, oleh itu sampel anda tidak akan dikongsi dengan makmal subkontraktor dan akan dipelihara setiap masa. Kami menjalankan ujian, interpretasi serta laporan ke atas semua sampel dari mula hingga akhir. Ini bermakna kami mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas semua prosedur dan keselamatan.

Di manakah makmal anda?

Makmal kami terletak di Quarry Bay, Hong Kong dan beroperasi di bawah piawaian kualiti antarabangsa.

Ia mempunyai pengesahan pihak luar iaitu Makmal Penjujukan Genom Kemudahan Teras (CFGSL) di Universiti Cina Hong Kong (CUHK). Berdasarkan pengesahan pihak luar CFGSL, ketepatan penjenisan gen kami adalah 99.9%.

Apa yang berlaku ke atas sampel DNA saya selepas ujian selesai dilakukan?

Selepas analisis sampel anda selesai, sampel anda akan segera dilupuskan sejajar dengan standard amalan makmal.

Bagaimana maklumat peribadi saya dilindungi?

Di Prenetics, kami komited untuk mengekalkan keselamatan dan kerahsiaan maklumat peribadi anda. Kami telah melaksanakan beberapa langkah keselamatan untuk membantu melindungi maklumat daripada kehilangan, penyalahgunaan atau pengubahsuaian di bawah kawalan kami. Kami menggunakan kaedah keselamatan prosedur, fizikal dan elektronik yang direka untuk mencegah orang yang tidak dibenarkan daripada mengakses maklumat ini. Kod tatalaku dalaman kami mengukuhkan lagi perlindungan privasi. Di samping itu, laman web dan aplikasi mudah alih kami disulitkan dengan SSL menggunakan standard teknologi terkini.

Adakah maklumat yang saya beri akan dikongsi dengan pihak ketiga?

Kami memahami dan menghormati sifat sensitif maklumat yang anda berikan kepada kami dan perlindungan data peribadi anda adalah komitmen kami kepada anda.

 

Kami tidak akan menjual, mencagar, atau menyewa maklumat individu anda (iaitu, maklumat mengenai jenis gen individu seseorang) kepada mana-mana pihak ketiga.

Adakah anda akan berkongsi maklumat saya dengan syarikat insurans/takaful saya? Bolehkah keputusan saya memberi kesan kepada perlindungan insurans/takaful saya?


Kami TIDAK berkongsi sebarang data genetik anda atau keputusan ujian myDNA anda dengan syarikat insurans anda atau mana-mana pihak ketiga, walaupun mereka telah membayar untuk ujian tersebut.

 

Selain itu, keputusan anda tidak memberi kesan kepada perlindungan insurans/takaful anda kini atau pada masa akan datang. Secara asalnya, syarikat insurans/takaful anda tidak akan mempunyai akses kepada mana-mana keputusan ujian anda.

 

Kami menggalakkan anda untuk membaca Pernyataan Privasi penuh kami untuk maklumat lanjut berkaitan dengan privasi anda.