Sains

Tentang myDNA 

myDNA adalah satu ujian proprietari yang dibangunkan oleh Prenetics. Pendekatan kesihatan peribadi yang berasaskan nutrigenomik merupakan satu alat yang cukup berkuasa bagi individu yang ingin memahami tubuh dan keperluan badan mereka.

 

Apabila anda menyerahkan sampel swab pipi, pasukan saintis dan pakar kesihatan kami akan menganalisis DNA anda untuk menentukan bagaimana genetik anda boleh mempengaruhi kesihatan anda. Berdasarkan keputusan anda, kami akan memberikan cadangan diet, pemakanan dan kesihatan yang bersesuaian untuk anda.  Kami menggunakan pendekatan yang disahkan secara saintifik dan berasaskan kepada bukti. Kami hanya menggunakan kajian berkaliber tinggi dengan kekuatan statistik yang mencukupi dalam perkembangan ujian genetik kami.

myDNAbox
What is Nutrigenomics?

Apakah Nutrigenom?

Nutrigenomik adalah satu kajian pemakanan dan genetik. Kajian ini membantu kami mengetahui cara individu bertindak balas secara berlainan terhadap makanan berdasarkan kepada pembentukan genetik mereka. Walaupun semua manusia secara genetiknya hampir sama, kita semua mempunyai sedikit perbezaan dalam profil genetik kita yang menjadikan kita unik. Perbezaan kecil ini menentukan kesan nutrien ke atas badan kita dan bagaimana kita memproses (metabolisme) makanan yang kita makan.

Asas

Beberapa perkara kini semakin jelas. Kajian telah menunjukkan bahawa gen kita boleh mengubahsuai tindak balas kita terhadap diet pemakanan. Ini termasuklah bagaimana gen kita boleh meningkatkan keperluan kita terhadap nutrien penting seperti folat, vitamin B6 dan B12, vitamin C, vitamin D dan omega-3 serta bagaimana gen kita boleh meningkatkan sensitiviti kita terhadap karbohidrat, lemak, alkohol, kafein dan garam.  Selain itu, kajian terkini telah memberikan satu perspektif baru dalam memahami mengapa sesetengah individu dapat menurunkan berat badan dengan lebih mudah apabila menuruti diet terkawal berbanding dengan orang lain.

 

Di samping itu, kajian menunjukkan bahawa ramai individu yang mendapati cadangan pemakanan berdasarkan genetik lebih mudah difahami dan lebih berguna berbanding nasihat pemakanan umum. Diet pemakanan yang khusus juga memastikan amalan pematuhan yang lebih baik, penurunan BMI dalam jangka masa yang lebih panjang dan peningkatan dalam tahap glukosa darah.

bg-science

Perkembangan Utama dalam Nutrigenomik

timeline-my-01

Gen bukan penentu takdir anda.

Gen dan persekitaran kita memainkan peranan penting terhadap kesihatan dan seluruh kesejahteraan kita. Biarpun gen kita boleh membantu kita memahami lebih lanjut mengenai kecenderungan terhadap isu kesihatan tertentu, faktor persekitaran seperti diet dan gaya hidup menentukan sama ada kita akan tunduk pada masalah ini. Umpama senjata, genetik kita adalah peluru yang mengisi senjata tersebut, manakala pemakanan dan gaya hidup menarik picunya.

Genes are not your destiny.