Kenyataan Privasi

Dengan menggunakan Perkhidmatan kami, anda mengakui bahawa anda telah menyemak dan bersetuju dengan kesemua dasar dan prosedur yang diterangkan dalam Kenyataan Privasi.

 

1. Definisi Utama

 

Maklumat Agregat: Maklumat yang telah digabungkan dengan pengguna lain dan dianalisis atau dinilai secara keseluruhan, di mana tiada individu khusus boleh dikenalpasti secara munasabah.

 

Maklumat Tidak Bernama: Maklumat berkaitan dengan pengenalpastian data seperti nama anda, maklumat hubungan dan data lain yang boleh dikenalpasti telah dipadamkan, supaya anda tidak boleh dikenalpasti secara munasabah sebagai seorang individu.

 

Maklumat Peringkat Individu: Maklumat tentang penjenisan gen atau ciri-ciri/sifat-sifat lain seseorang individu, tetapi tidak semestinya terikat pada Maklumat Pendaftaran.

 

Maklumat Peribadi: Maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti diri anda.

 

Jenis Maklumat Peribadi yang berikut akan dikumpul dan disimpan oleh Prenetics:

 

Maklumat Pendaftaran: Maklumat yang anda berikan tentang diri anda apabila mendaftar untuk Perkhidmatan kami (contohnya nama, e-mel dan alamat).

 

Maklumat Genetik: Maklumat berkenaan penjenisan gen anda yang dijana melalui pemprosesan sampel DNA anda oleh Prenetics, penggantinya, atau pemegang serah haknya.

 

Maklumat Laporan Peribadi: Ciri-ciri peribadi, etnik, maklumat berkaitan kesihatan dan maklumat lain yang anda masukkan ke dalam kaji selidik, borang, atau ciri-ciri semasa log masuk ke akaun Prenetics atau myDNA anda.

 

Maklumat Sensitif: Maklumat Kesihatan, Maklumat Genetik, Maklumat Peribadi dan Maklumat Laporan Peribadi tertentu.

 

Kandungan Pengguna: Semua data, maklumat, perisian, gambar, grafik, mesej, atau bahan-bahan lain – selain daripada Maklumat Genetik dan Laporan Maklumat Peribadi – dijana oleh pengguna Perkhidmatan Prenetics dan dihantar kepada atau melalui Prenetics.

 

Maklumat Tatacara Laman Web: Maklumat tentang cara anda menggunakan laman web atau aplikasi mudah alih Prenetics atau myDNA (contohnya jenis pelayar, domain, paparan halaman) yang dikumpul melalui fail log, kuki, dan lain-lain.

 

Perkhidmatan: Produk, perisian, perkhidmatan dan laman web Prenetics (termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, grafik, imej dan bahan serta maklumat lain) sebagaimana yang diakses dari semasa ke semasa oleh pengguna.

 

2. Prinsip

 

Prenetics mengumpul dan mengendalikan maklumat untuk: (i) mematuhi undang-undang dan peraturan yang tertakluk kepada kami, (ii) menyediakan, menganalisa dan meningkatkan Perkhidmatan kami, dan (iii) untuk melindungi sekuriti dan keselamatan pelanggan, pekerja dan syarikat kami.

 

Keselamatan dan kerahsiaan maklumat peribadi anda adalah komitmen kami terhadap anda. Kami tidak pernah membuat sebarang kompromi yang boleh meletakkan maklumat anda dalam risiko. Langkah-langkah keselamatan yang kami laksanakan melindungi daripada kehilangan, penyalahgunaan atau pengubahsuaian maklumat di bawah kawalan kami. Kami menggunakan kaedah keselamatan prosedur, fizikal, teknikal dan elektronik yang direka untuk melindungi dan mengelakkan orang-orang yang tidak dibenarkan mendapat akses kepada maklumat ini.

 

Selepas sampel DNA dianalisis, sampel DNA anda akan dilupuskan dengan segera sejajar dengan amalan makmal standard.

 

Dalam usaha mengekalkan standard privasi data yang ketat, laporan DNA boleh dimuat turun selama 60 hari selepas keputusan anda diterima. Selepas 60 hari, laporan tersebut akan dipadamkan untuk perlindungan dan tidak boleh diakses oleh sesiapa pun kecuali anda.

 

Maklumat Genetik, Laporan Peribadi dan Kandungan Pengguna anda sebagaimana yang ditakrifkan di atas akan dikekalkan sepanjang tempoh Perkhidmatan (12 bulan) bagi menyediakan Perkhidmatan myDNA kepada anda. Walau bagaimanapun, jika anda tidak mahu menggunakan perkhidmatan myDNA dan ingin Prenetics memusnahkan maklumat anda, anda boleh meminta Prenetics untuk berbuat demikian pada bila-bila masa seperti yang digariskan dalam Seksyen 5 di bawah.

 

Maklumat genetik peribadi anda tidak akan didedahkan, dijual, atau disewa kepada pihak ketiga, walaupun pihak ketiga menyediakan ujian untuk anda.

 

3. Maklumat yang Kami Kumpul

 

Maklumat yang anda berikan kepada kami:

 

Maklumat Pendaftaran: Apabila anda mendaftar atau menggunakan Perkhidmatan kami, kami akan mengumpul maklumat peribadi seperti nama, tarikh lahir, alamat penghantaran dan maklumat perhubungan seperti e-mel dan nombor telefon.

 

Maklumat Laporan Peribadi: Anda boleh memilih untuk memberi kami maklumat tambahan berkenaan sifat anda seperti tinggi, berat badan, jantina, etnik dan maklumat lain berkaitan dengan kesihatan melalui aplikasi, ciri-ciri, borang, dan lain-lain.

 

Kandungan Pengguna: Beberapa Perkhidmatan kami memboleh anda memuat dan menyiar atau memuat naik kandungan, seperti data, teks, gambar, mesej, atau bahan-bahan lain yang anda buat atau berikan kepada kami melalui penghantaran awam atau swasta (“Kandungan Penguna”) .

 

Perkhidmatan pihak ketiga (contohnya, media sosial): Jika anda menggunakan laman pihak ketiga seperti Facebook, berkaitan dengan Perkhidmatan kami, kami juga boleh mengumpul maklumat lain (contohnya, gambar profil anda, rangkaian, jantina, nama pengguna, ID pengguna, julat umur, bahasa, negara, senarai rakan atau pengikut) bergantung pada tetapan privasi anda di laman web pihak ketiga. Kami tidak mengawal amalan maklumat laman web pihak ketiga; sila semak dasar privasi mereka dan tetapan anda di laman web tersebut secara terperinci.

 

Perkhidmatan pelanggan: Apabila anda menghubungi pusat Bantuan Pelanggan kami atau berhubung dengan kami tentang Perkhidmatan kami, kami mengumpul maklumat untuk: mengesan dan menjawab pertanyaan anda; menyiasat sebarang pelanggaran Terma & Syarat Perkhidmatan, Kenyataan Privasi atau undang-undang atau peraturan yang berkenaan; serta menganalisa dan meningkatkan Perkhidmatan kami.

 

Maklumat yang berkaitan dengan perkhidmatan ujian genetik kami:

 

Sampel DNA: Untuk menggunakan perkhidmatan ujian genetik kami, anda perlulah menerima Kit Pengumpulan myDNA, mendaftarkan akaun atas talian dan menghantar sampel DNA anda kepada makmal kami. Sebaik sahaja sampel diterima, label kod bar pada sampel DNA anda akan memperkenalkan anda kepada kami.

 

Maklumat Genetik: Maklumat genetik merujuk pada ciri-ciri DNA anda yang membezakan anda daripada orang lain (contohnya A, T, C dan G di lokasi-lokasi tertentu pada DNA anda) dan dihasilkan apabila kami memproses dan menganalisis sampel DNA anda. Maklumat genetik mengandungi maklumat keputusan yang kami laporkan kepada anda dan boleh digunakan untuk tujuan lain, sebagaimana yang digariskan dalam Seksyen 4 di bawah.

 

Maklumat yang dikumpulkan melalui teknologi pengesanan (contohnya daripada kuki dan teknologi yang serupa)

 

Maklumat Tatacara Laman Web: Kami menggunakan kuki dan teknologi yang serupa untuk membantu kami mengenali, menyesuaikan dan meningkatkan pengalaman, memberikan keselamatan, menganalisis penggunaan Perkhidmatan kami, mengumpul maklumat demografik, bagi menawarkan produk dan perkhidmatan, memantau kejayaan program pemasaran dan untuk memenuhi sasaran pengiklanan di laman web kami dan di laman-laman lain di seluruh Internet. Kami tidak menggunakan maklumat sensitif anda, seperti Maklumat Genetik dan Maklumat Laporan Peribadi, bagi tujuan pengiklanan mengikut kumpulan sasaran. Kami akan menerima laporan berdasarkan kepada penggunaan teknologi ini berasaskan individu serta agregat. Pengguna boleh mengawal penggunaan kuki pada peringkat pelayar individu. Apabila anda mengakses Perkhidmatan kami melalui atau menerusi peranti mudah alih, kami akan menerima atau mengumpul dan menyimpan nombor pengenalan unik yang berkaitan dengan peranti anda atau aplikasi mudah alih kami (termasuk, sebagai contoh, UDID, ID Unik untuk Pengiklan (“IDFA”), ID Pengiklanan Google ,atau ID Pengiklanan Windows), pembekal perkhidmatan mudah alih, jenis peranti, model dan pengeluar, jenama dan model sistem pengendalian peranti mudah alih, nombor telefon dan, bergantung pada tetapan peranti mudah alih anda, data lokasi geografi anda, termasuk koordinat GPS (contohnya latitud dan/atau longitud) atau maklumat yang serupa berkenaan lokasi peranti mudah alih anda.

 

4. Bagaimana kami menggunakan dan berkongsi maklumat

 

Prenetics hanya akan menggunakan dan berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga dalam cara yang dinyatakan dalam kenyataan privasi ini.

 

Menggunakan maklumat untuk menyediakan, menganalisa dan meningkatkan Perkhidmatan kami

 

Kami menggunakan atau berkongsi maklumat yang diterangkan di atas dalam Seksyen 3 untuk menyediakan, menganalisa dan meningkatkan Perkhidmatan kami. Aktiviti ini termasuk antara lain, menggunakan maklumat anda dalam cara yang konsisten dengan komitmen lain dalam Kenyataan Privasi ini untuk: membuka akaun anda, berkomunikasi dengan anda dan melaksanakan permintaan anda; menguruskan laman web kami, mengendalikan aplikasi mudah alih kami, mengesahkan lawatan anda, menyediakan kandungan peribadi dan mengesan penggunaan anda terhadap Perkhidmatan kami; menjalankan analisis untuk memperbaiki dan mempertingkatkan Perkhidmatan kami; menawarkan produk atau perkhidmatan baru kepada anda, termasuk melalui e-mel, promosi atau pertandingan; menjalankan kempen pemasaran dalam talian dan pengiklanan ke atas kumpulan sasaran, termasuk dengan menggunakan iklan pihak ketiga (tertakluk kepada penetapan kuki dan keutamaan anda) dan untuk mengukur keberkesanan pemasaran kami dan pengiklanan ke atas kumpulan sasaran; menjalankan kaji selidik atau undian dan mendapatkan testimonial; memproses dan menyampaikan keputusan ujian genetik anda; menjalankan aktiviti penyelidikan & pembangunan, yang mungkin termasuk sebagai contoh, menjalankan analisis data dan penyelidikan untuk membangunkan atau meningkatkan produk serta perkhidmatan baru atau sedia ada serta melaksanakan aktiviti kawalan mutu.

 

Anda boleh memilih untuk kekal, keluar atau sebaliknya menyesuaikan keutamaan anda tentang cara maklumat anda digunakan bagi aktiviti ini. Sila lihat di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

 

Kami mungkin berkongsi Maklumat Agregat dengan pihak ketiga, iaitu sebarang maklumat yang telah dipadamkan daripada Maklumat Pendaftaran anda (contohnya, nama dan maklumat hubungan anda) dan diagregatkan dengan maklumat lain supaya anda tidak dapat dikenalpasti secara munasabah sebagai seorang individu. Maklumat Agregat ini berbeza dengan Maklumat “Peringkat individu”.

 

Prenetics tidak akan berkongsi maklumat peringkat individu dengan mana-mana pihak ketiga, walaupun pihak ketiga telah menjalankan ujian ke atas anda. Hanya anda yang mempunyai kawalan dan persetujuan untuk membenarkan perkongsian maklumat peringkat individu anda. Maklumat agregat seperti “x% daripada pengguna kami berkongsi sifat genetik” boleh dikongsi; walau bagaimanapun, maklumat ini tidak dapat mengenal pasti individu. Sila maklum bahawa Prenetics boleh berkongsi status penghantaran laporan DNA anda (hanya untuk tujuan mengetahui sama ada anda telah menerima laporan DNA anda atau tidak_dengan pengendali insurans untuk kegunaan mereka).

 

Pendedahan yang dikehendaki oleh undang-undang

 

Di bawah keadaan tertentu, maklumat anda mungkin tertakluk kepada pendedahan menurut sepina kehakiman atau kerajaan lain, waran, atau perintah, atau dengan kerjasama pihak berkuasa. Prenetics akan memelihara dan mendedahkan mana-mana bahagian dan kesemua maklumat kepada agensi penguatkuasaan undang-undang atau lain-lain sekiranya dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang, atau dengan niat baik bahawa pemeliharaan atau pendedahan tersebut adalah wajar untuk: (a) mematuhi proses undang-undang atau peraturan (seperti prosiding kehakiman, perintah mahkamah, atau siasatan kerajaan) atau obligasi yang perlu dituruti oleh Prenetics  berkenaan etika dan lain-lain peraturan profesional, undang-undang dan peraturan; (b) menguatkuasakan Terma Perkhidmatan Prenetics dan dasar lain; (c) menjawab dakwaan bahawa mana-mana kandungan melanggar hak pihak ketiga; atau (d) melindungi hak, harta, atau keselamatan peribadi Prenetics, kakitangannya, penggunanya, pelanggannya dan orang ramai.

 

5. Penutupan Akaun

 

Jika anda mahu berhenti menyertai Perkhidmatan kami atau tidak lagi mahu maklumat peribadi anda digunakan, anda boleh menutup akaun anda dengan menghantar permintaan kepada Khidmat Pelanggan ([email protected]). Semua Maklumat Genetik dalam akaun anda (atau profil) akan dipadamkan dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh permintaan anda diterima. Kami juga boleh menyimpan Maklumat Pendaftaran terhad seperti nama, maklumat hubungan dan data transaksi anda, untuk memberikan perkhidmatan kepada anda dan bagi tujuan perakaunan, audit dan pematuhan.

 

6. Maklumat Penting Important Information

 

Langkah-langkah keselamatan

 

Prenetics mengambil serius kepercayaan yang anda berikan kepada kami. Bagi mencegah akses atau pendedahan tanpa kebenaran, untuk mengekalkan ketepatan data dan untuk memastikan penggunaan maklumat yang tepat, Prenetics mengambil pelbagai langkah fizikal, teknikal dan pentadbiran untuk melindungi Maklumat Peribadi anda. Khususnya, semua sambungan kepada dan dari laman web dan aplikasi mudah alih kami disulitkan.

 

Sila ambil maklum bahawa perlindungan Maklumat Peribadi anda adalah tanggungjawab anda juga. Kami meminta anda untuk bertanggungjawab melindungi kata laluan anda, soalan dan jawapan rahsia dan maklumat pengesahan lain yang anda gunakan untuk mengakses Perkhidmatan kami. Anda tidak boleh mendedahkan maklumat pengesahan anda kepada mana-mana pihak ketiga dan anda perlu segera memberitahu Prenetics tentang sebarang penggunaan kata laluan anda tanpa kebenaran. Prenetics tidak boleh menjamin keselamatan Maklumat Peribadi yang anda kongsi sendiri atau yang anda minta kami kongsikan.

 

Transaksi perniagaan

 

Jika Prenetics melalui peralihan perniagaan seperti penggabungan, pemerolehan oleh syarikat lain, atau penjualan semua atau sebahagian aset dan maklumat anda adalah antara aset yang dipindahkan, maklumat anda akan terus tertakluk kepada janji yang dibuat dalam mana-mana Kenyataan Privasi sedia ada.

 

Privasi kanak-kanak

 

Prenetics komited dalam  melindungi privasi kanak-kanak serta orang dewasa. Prenetics atau mana-mana Perkhidmatannya tidak direka atau ditujukan kepada kanak-kanak di bawah umur lapan belas (18) tahun. Walaubagaimanapun, ibu bapa atau penjaga boleh mengumpul sampel DNA, membuka akaun, dan memberi maklumat yang berkaitan dengan anak mereka. Ibu bapa atau penjaga akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan bahawa maklumat tentang anak mereka yang diberi kepada Prenetics disimpan dengan selamat dan maklumat yang dikemukakan adalah tepat.

 

7. Maklumat Hubungan


Sila tujukan kesemua soalan yang berkaitan dengan dasar privasi kami ke: privacy@prenetics.com

 

Apa-apa maklumat lain berkaitan dengan ujian genetik anda, Syarat Perkhidmatan Prenetics dan lain-lain boleh diperolehi dengan menghubungi care@prenetics.com