Kenali Kami

Prenetics Limited merupakan syarikat pengujian genetik/kesihatan digital terkemuka di Asia Tenggara. Prenetics memperkasakan individu melalui maklumat kesihatan yang berharga. Melalui sampel DNA ringkas, individu dapat mengetahui bagaimana gen mereka mempengaruhi diet pemakanan, nutrisi dan tahap kecergasan mereka. Maklumat ini membolehkan anda mengutamakan kesihatan diri dengan menjalankan kehidupan yang lebih sihat dan proaktif bagi mencegah penyakit.

 

Prenetics ditubuhkan pada tahun 2009 oleh sekumpulan profesor dan ahli sains dari sebuah universiti di Hong Kong. Setakat ini, makmal kami telah memproses lebih 200,000 sampel DNA, menjadikan kami salah satu syarikat pengujian genetik terkemuka dalam bidang ini. Dengan harapan untuk memperkasakan lebih ramai orang, Prenetics meluaskan jangkauannya menerusi pejabat setempat di Singapura, Hong Kong dan beberapa negara lain di Asia Tenggara.

Komitment Kami

Prenetics memahami keyakinan dan ketepatan adalah penting untuk anda. Operasi makmal kami dikendalikan oleh kami sendiri dengan penerapan piawaian kualiti antarabangsa. Makmal kami mempunyai pengesahan pihak luar iaitu Makmal Penjujukan Genom Kemudahan Teras (CFGSL) di Universiti Cina Hong Kong (CUHK), dengan ketepatan penjenisan gen yang terbukti sebanyak 99.9%.

Apabila anda menyerahkan DNA anda, anda boleh meyakini bahawa:

Kami menggunakan teknologi penjujukan tercanggih untuk menganalisis setiap sampel DNA.

Kualiti sampel diperiksa secara kerap sewaktu menjalani proses analisis.

DNA diekstrak dari sel dalam pipi untuk diproses melalui cip penjenisan gen, iaitu satu kaedah analisis DNA yang sangat dipercayai.

Kami menggunakan pendekatan sains yang telah disahkan dalam menghasilkan laporan dengan maklumat yang tepat dan terkini.

Segala pendapat dan maklumat daripada pakar kami adalah berdasarkan penyelidikan saintifik dan perubatan yang terbukti.

EQAP: CAP, WHO, QCMD

Pasukan Kami

  • Pihak Pengurusan
  • Ketua Lembaga Saintifik
  • Lembaga Penasihat Komersial
Danny Yeung
Danny Yeung
Ketua Pegawai Eksekutif
Dr. Lawrence Tzang, Ph.D.
Dr. Lawrence Tzang, Ph.D.
Pengasas dan Ketua Pegawai Saintifik
Dr. Graeme Smith, PhD, Registered Nutritionist (R.Nutr.)
Dr. Graeme Smith, PhD, Pakar Pemakanan Berdaftar (R.Nutr.)
Ketua Saintis – Kesihatan & Kesejahteraan Peribadi
Jidesh Veeramachaneni
Jidesh Veeramachaneni
Ketua Pegawai Teknologi
Chor Hung Tsang
Chor Hung Tsang
Ketua UX
Dr. Wing Chan, Pharm.D., R.Ph.
Dr. Wing Chan, Pharm.D., R.Ph.
Ketua Ahli Farmasi
Dr. Senthil Sundaram, MD
Dr. Senthil Sundaram, MD
Ketua Pegawai Klinikal
shuhei2
Shuhei Morofuji
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif REAPRA Pte Ltd.
Sandor Weyers
Sandor Weyers
Eksekutif Industri Insurans
Samita Malik
Samita Malik
Penasihat Prenetics
Andy A. Liu
Andy A. Liu
Naik Pengerusi HKBIO
rolf2
Rolf Steffen
Eksekutif Penjagaan Kesihtan dan Industri Pharma
Prof. Stephen Tsui, PhD
Prof. Stephen Tsui, PhD
Profesor Pusat Pengajian Sains Bioperubatan; Ketua Bahagian Genomik dan Bioinformatik; Universiti Cina Hong Kong
Prof. Michael M Yang, PhD
Prof. Michael M Yang, PhD
Head and Chair Professor of Department of Biomedical Sciences at City University of Hong Kong
Prof. Brian Tomlinson, MBBS (Lond), MD (Lond), MRCP (UK), FHKCP, FRCP (Lond), FRCP (Edin), FRCP (Glasg), FHKAM (Medicine), FACP.
Prof. Brian Tomlinson, MBBS (Lond), MD (Lond), MRCP (UK), FHKCP, FRCP (Lond), FRCP (Edin), FRCP (Glasg), FHKAM (Perubatan), FACP.
Profesor Adjung, Jabatan Perubatan dan Terapi, Universiti China Hong Kong
Dr. Andy (Arindam) Bhattacharjee, Ph.D.
Dr. Andy (Arindam) Bhattacharjee, Ph.D.
Presiden dan Ketua Pegawai Saintifik di Parabase Genomics