Bagaimana myDNA boleh membantu anda?

Profil gaya hidup & kesejahteraan myDNA menyediakan maklumat penting untuk membantu anda memahami bagaimana genetik anda memberi kesan ke atas diet, pemakanan dan senaman anda. myDNA boleh membantu anda:

Mencapai berat badan ideal anda

Hidup lebih sihat

Rasa lebih bertenaga

Membuat pilihan makanan dengan lebih bijak

Mengetahui jenis senaman yang sesuai dengan anda

Rahsia DNA Anda:

marker-nutrient-needs-my
website marker-2_marker-sensitivities-my
website marker-2_marker-well-being-my
marker-fitness-my

Bagaimana myDNA berfungsi?

Melalui sampel DNA ringkas, kami menganalisis lebih 40 penanda DNA yang berkaitan dengan cara badan anda bertindak balas terhadap makanan yang anda makan serta senaman yang anda lakukan. Maklumat ini membolehkan anda makan dan bersenam mengikut keperluan gen anda. Pasukan kami terdiri daripada sekumpulan profesor, saintis, doktor falsafah dan pakar diet bertaraf dunia yang fasih tentang dunia sains dan komited untuk membantu anda mencapai matlamat kesihatan yang optimum.

Manfaat Yang Anda Terima

Laporan Diet Pemakanan, Nutrisi & Kesihatan myDNA Peribadi (40+ halaman)

Aplikasi Mudah Alih Eksklusif yang Berasaskan DNA dan Saranan Peribadi

Perbualan Atas Permintaan dengan Pakar Diet

Perbualan Atas Permintaan dengan Pakar Diet

Sejurus anda memuat turun aplikasi kami, anda boleh terus mengakses kandungan peribadi yang menarik tentang diet pemakanan, nutrisi dan senaman. Pasukan pakar diet kami yang berdaftar juga bersedia untuk memberi khidmat nasihat pada bila-bila masa melalui aplikasi ini untuk menjawab apa-apa soalan yang anda seperti:

Bagaimanakah saya boleh pastikan bahawa saya boleh menurunkan berat badan berdasarkan cadangan yang diberi dalam laporan ini?

Saya tidak sensitif terhadap lemak. Adakah ini bermakna saya boleh terus makan makanan kegemaran saya seperti kentang goreng?

Bagaimana saya boleh terus memotivasikan diri untuk makan secara sihat?

Jika saya tidak makan ikan, bagaimana saya boleh mendapatkan khasiat Omega 3?

Apakah penemuan sains yang menyokong keputusan ini?

Apakah cara yang terbaik untuk mendapatkan vitamin D dengan selamat?

iphone-Chat-no tag-my

Privasi & Keselamatan

Keselamatan dan kerahsiaan maklumat peribadi anda adalah komitmen kami kepada anda. Kami tidak akan berkompromi dalam apa jua situasi yang boleh mendatangkan risiko kepada maklumat anda. Maklumat genetik peribadi anda tidak akan didedahkan, dijual atau disewakan kepada pihak ketiga, walaupun jika pihak tersebut pernah menjalankan ujian terhadap anda. Sila rujuk Pernyataan Privasi kami untuk maklumat lanjut.

lock

Sains

Melalui pendekatan berasaskan bukti, pasukan saintifik dan penasihat kami menafsirkan data genetik individu bagi menentukan tindak balas terhadap diet pemakanan, nutrisi dan kesihatan.

Hanya kajian berkaliber tertinggi maklumat statistik yang secukupnya digunakan dalam perkembangan ujian genetik ini.

Klik di sini untuk maklumat lanjut

science-my

Seperti yang Dipaparkan dalam